Selamat Datang ke Pusat Perbidanan Orkid Villa

Temui keharmonian kepakaran moden dan teknik tradisional Melayu di Pusat Perbidanan Orkid Villa. Kami menawarkan keselesaan dalam kemewahan untuk para ibu menjalani tempoh pantang penuh ketenangan dengan bimbingan pakar kami. Di Orkid Villa, kami amat mengutamakan 'bonding moment' antara ibu dan bayi, dalam suasana penuh ketenangan dan Rahmah.

Tentang Kami

Pusat Perbidanan Orkid Villa menawarkan fasiliti perbidanan terunggul yang mematuhi prinsip Syariah, menjanjikan pengalaman berpantang premium berlesen. Fasiliti kami yang lengkap bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan menyeluruh sebelum dan selepas bersalin.

Dengan bimbingan para professional kami, keutamaan diberikan kepada para ibu untuk beristirahat dan menjalani proses pemulihan dengan ikatan kuat penuh kasih sayang bersama cahaya mata. Pengalaman teraputik penuh makna di Orkid Villa bakal memberi keyakinan tidak berbelah bagi kepada para ibu untuk mendepani kehidupan penuh rahmah sebagai seorang ibu.

Initipati dan Nilai Indah
Ande-Ande &
Bunga Orkid
Harmonisasi Hospitaliti Berpantang: Gabungjalin antara konsep tradisi Melayu Ande-Ande yang bermaksud 'Cahaya Iman', dengan keindahan bunga Orkid bakal menerangi perjalanan penuh bermakna para ibu

Di Orkid Villa, kami merangkumkan intipati Ande-ande yang melambangkan cahaya iman dan keyakinan, disulami semangat anggun dan penuh keindahan bunga orkid, sebelum, ketika dan selepas berpantang.

Kami berpaksikan penjagaan penuh teliti dalam suasana harmoni ibu dan bayi. Setiap ruang dan fasiliti di Orkid Villa dilengkapi dengan konsep moden bersulam tradisi.

Visi kami adalah untuk menyantuni para ibu dan bayi dalam menjalani proses penyembuhan dan perbidanan penuh dengan khimat kepakaran, disantuni ketenangan dan kemewahan indah bersama kami di Orkid Villa.

Kediaman indah bersama kami

1. Pilhan Bilik

Indulge in our serene rooms at Orchid Villa, meticulously crafted to foster healing,nurture bonding, nurturing, and provide a tranquil space for your peaceful retreat.

Deluxe Room
Premium Room

2. Empat Pakej Istimewa

Explore our range of packages tailored for 7, 10, 15, and 30-day stays.
"Menjaga bayi yang baru lahir adalah perjalanan penuh barakah, satu peluang indah kurniaan Yang Maha Kuasa"
Penginapan
Mandian Herba
Urutan Wajah
Urutan Seluruh Badan Selepas Bersalin
Param, Pilis, Tapel
Wound Inspection
Bertungku
Bengkung
Postnatal Menu
Penjagaan bayi waktu malam tersedia atas permintaan dengan bayaran (10 malam - 7 pagi)
Baby Care:
Nappy changing, bath, massage, ball therapy, clamp cord cleaning & jaundice observation

3. Lebih banyak pilihan!

Setiap pakej datang dengan pilihan rawatan dan urutan berikut (perlu mendapatkan nasihat terapis terlebih dahulu):

Pelukan ibu untuk bayi adalah lebih mengamankan berbanding insan lain

Puteri Diana

Pilihan rawatan dan urutan

Discover our in-house treatments and massages, encompassing four distinct categories. Antenatal therapies focus on nurturing expectant mothers, while postnatal sessions aid recovery after childbirth. We offer our Signature Treatments provide holistic wellness experiences for all guests.

Rawatan ke rumah / mobil

Terapis kami datang ke rumah anda untuk rawatan istimewa!

Alami penjagaan komprehensif kami yang disesuaikan khusus untuk para ibu dan bayi. Para ibu bakal menikmati mandian herba, urutan selepas bersalin, bertungku, dan rawatan khusus seperti bengkung dan pengurusan pembengkakan payudara. Bayi yang baru lahir pula bakal menerima perkhidmatan percuma seperti mandian bayi, urutan, terapi tuam dan banyak lagi.

Kami berterima kasih atas testimoni indah yang diberikan

daripada klien yang pernah disantuni Orkid Villa
Aina Ahmad
Aina Ahmad
Read More
Pengalaman saya di Orchid Villa Confinement Centre benar-benar memuaskan. Staff sangat tidak berkira dan layanan diberi seperti keluarga. Saya pasti akan kembali ke sini for my next baby! :)
RosAini
RosAini
Read More
Kemudahannya bersih dan diselenggara dengan baik, dan makanan yang disediakan sangat berkhasiat, tapi sedap!
Lisa Muhamad
Lisa Muhamad
Read More
Daripada saat saya melangkah ke Orkid Villa, saya terus rasa macam sangat diraikan. Sangat mesra, dan kita dapat rasa bertapa pakar nya mereka. Recommended!
Maria Li Ng
Maria Li Ng
Read More
Orkid Villa melebihi jangkaan saya! Bilik-bilik yang luas ibarat hotel, dan kemudahan serba lengkap memberikan suasana yang sangat selesa sepanjang penginapan saya. Sayang Orkid Villa! :)
Malarvilli
Malarvilli
Read More
Para terapis sangat berpengetahuan dan memberikan nasihat berharga tentang penjagaan selepas bersalin. Pengalaman keseluruhannya sangat mengagumkan dan saya sangat mengesyorkan Orchid Villa kepada mana-mana ibu yang mencari persekitaran yang tenang semasa berpantang.
Open chat
Hi
Boleh kami bantu anda?